Saturday, 2 April 2011

Bosan oh Bosan

Hari ni hari yang sangat bosan bagi aku.... Pepagi lagi dah bangun tolong orang.... Sampai ada ketika aku terfikir, kenapa aku taknak tolong diri sendiri sedangkan aku dengan ringan tulang nak tolong orang lain..Tu lah lumrah alam. Konon-konon karma la kan..Erm padahal tu sebenarnya menyusahkan diri sendiri....Betul la cakap kawan aku, fikir la masa depan kau sebelum buat tindakan. However, sekarang aku rasa aku macam dah tersilap langkah....Hahahahha.....Mesti uolls terfikir apa la sengal aku ni membebel petang-petang ni...Bukan apa, tetiba ngah duduk-duduk ni aku, tetiba datang pulak mood touching kan.... Mampu uolls mood touching macam aku.... Erm nak tak nak aku kene hadapai keputusan aku dengan tabah dan senang hati.....Senang hati?? Macam mana aku nak senang hati sedangkan aku menyusahkan hati orang lain???Mampu uolls senang hati???

                                                             ******************
stress uolls.....


Mampu uolls stress macam ni???? Mesti lah takkan...... Petang ni memang menggilakan aku...Tetiba datang pulak swing mood yang mengharam jadahkan perasaan aku. Pergh terasa gundah gulana ni... Macam nak terbang g mana-mana je rasanya....Owh kalau lah sekarang ada Spagetti Meatball kan bagus...Dah la tengah lapar ni....

nyum-nyum,......
Sedap uolls kalau dapat suap benda alah ni petang-petang ni....Ditambah dengan cakes + coffee. Tetiba teringat pulak kat member aku kan....Dah ar dier rajin ikowt aku g lepak kat Secret Recipe. Lepas habis keje gerenti ar dier ikowt aku g lepak Secret makan cakes and coffee......Rindu kat ko ar Syuk....

Pergh uolls memang menguji iman uolls
Erm tengok la....Biler ikowt sangat perasaan, gerenti ada je pihak ketiga (watak antagonis)  yang menghasut....Jangan cakap uolls tak tau uolls....Memang tak mampu uolls aku nak terangkan..Tapi nak taknak kalu uolls still tak dapat tangkap, aku bagi tau....Pihak ketiga tu SETAN la uolls....

Ni setan betina...Mampu uolls
Ok back to the our main point...Sebenar aku nak cakap yang aku bosan mengadap manusia yang konon berlagak macam malaikat, padahal perangai sama macam setan betina kat atas ni...Mengata orang dier yang lebih, padahal dier terlupa nak suluh diri sendiri bahawasanya (wah terjiwa malaya pulakkan) dier lagi macam setan...Oppsss ni kes bosan ke kes mengutuk ni.....Kedua-duanya sekali.....Aku karang post ni bukan sebab aku nak mengutuk sesama insan, tetapi apabila aku mengadap muka insan ni, tiap kali tu la perasaan bosan tu muncul sebab benda sama jer yang berulang. Apa tidak nya, bila dikata salah dier, dier kata aku jer yang nak betul...Tak ke senget tu.....Aku mohon kepada Tuhan bahawasanya Tuhan melenyapkan memori insan berkenaan daripada kepala otak aku...Aku mohon sesangat ya Tuhan.....Tupp..Tetiba perot lak berbunyi....Ye ar tadi dah la makan mee sup je...Dah la tak sedap....Mengutuk lagi....Mampu uollssss......

Mee sup kah???Kaki ayam kah??REJECTTTTT
Serius aku memang lapar....Perut aku dah merengek-rengek minta suap kan makanan...Tapi dengan tahap kemalasan yang terlampau, tak makan pown takper.....Biar kosong perut....Esok leh makan banyak sikit sebab banyak ruang reserve....Tetiba feeling rindu kat mak aku datang kan.....Dah lama rasanya aku tak jumpa mak aku....Puan mak, i miss u....Hahahahha...Erm so what I'll do next after this????erm fikir kejap......

Cun....Cun ke Uolllllsssss???????

Hahahahaha.....Cun ke uolls...Ko ingat kau cun diva....Erm out of topic.....Dalam kes ni takde kene mengena ngan kau cun ke atau aku yang cun....Cun yang aku maksud kan sebenarnya adalah cerita yang baru released kat panggung..Panggung uolls....Takleh skima lagi ke uolls...Sapa pelakon dier????Ha kalo nak tau, si pelakon-pelakon yang agak howt dalam cerita ni ialah...ialah uollsss..Memang bahasa melayu sangat....Mentang-mentang baru tengok cerita melayu uollss....Erm pelakon yer uollsss.....Salah seorang pelakon nya ialah....Jeng3...Watak utama Maya Karin....Ke-2 Remy Ishak....And yang lain tu sebagai pemegang watak lain....Sekadar nak memeriahkan cerita tu je......

                                                             ******************

Dalam cerita ni mengisahkan Luan Latisya (Maya Karin) yang bekerja sebagai host of a trashy tabloid gossip TV show, menangkap kekasih nya sendiri yang bermain kayu tiga yang dilakonkan oleh Jehan Miskin. Untuk menenangkan perasaan yang sedang gundah gulana, die (Luna Latisya) dengan keputusan yang mengejut mengajak PA (tak ingat sapa pelakon dier, mampu uolls tengok cerita sampai tak ingat si pelakon....) pulang ke kampung, Kedah. Nama kampung tu Ayer Mata Molek.....Mampu uolls ada kampung nama macam tu......Dan seterusnya....Kalo korang nak tau, korang g tengok sendiri la...Lemak pulak aku nak cerita semua kat korang....Nanti tak suspen la kan.....

                                                            *******************

Eventhough aku kurang tengok cerita melayu, as dier released kat panggung (lagi sekali uolls aku terskima kan diri) aku sokong industri perfileman melayu uolls...Uolls mampu ke buat macam aku???? Kalo mampu , uolls buktikan la uolls.......

Ni uolls cover movie dier...

                                                           *************************

Jangan tak tengok uolls cerita ni....Macam aku cakap kat korang semua, sokong lah industri perfileman Malaysia...Sokong la industri melaya uolls....Tetiba malam ni datang mood menyeru kan...Jangan sampai aku sendiri terseru uolls....Ok lah dah penat nak bercerita ni, nak mandi n take a nap....Chow Chin Chau

                                                                  ********************
P/s : Mood la sangatkan uolls...Padahal baru lepas tengok cerita ni uolls....Bile dengar nak tengok cerita melayu uolls, terus aku terkesima sekejap......Bukan kerusi TAKASIMA uolls....Tapi memandangkan member nak belanja uolls, aku mampukan diri untuk tengok uolls...Memula siap pasang niat nak tidor dalam panggung ( skima lagi), bukan punggung uolls....Tapi biler dah tengok cerita tu, boleh la bagi 3 1/2 bintang....Best la jugak...Ok stop membebel uolls....Tak mampu lagi dah ni......Chow...Wallllllaaaa

Friday, 1 April 2011

F**kin' Perfect

Made a wrong turn, once or twice.
Dug my way out, blood and fire.
Bad decisions, that's alright.
Welcome to my silly life.
Mistreated, misplaced, misunderstood.
Miss 'No way, it's all good', it didn't slow me down.
Mistaken, always second guessing, underestimated.
Look i'm still around.

Pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty pretty please, if you ever ever feel, like you're nothing.
You're fuckin' perfect to me!

You're so mean, when you talk, about yourself you were wrong.
Change the voices, in your head, make them like you instead.
So complicated, look happy, you'll make it!
Filled with so much hatred, such a tired game.
It's enough! I've done all I can think of.
Chased down all my demons, i've seen you do the same.

Woah ohh, pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty pretty please, if you ever ever feel, like you're nothing.
You're fuckin' perfect to me.


The whole world's scared so I swallow the fear.
The only thing I should be drinking is an ice cold beer.
So cool in line, and we try try try, but we try too hard and it's a waste of my time.
Done looking for the critics, cause they're everywhere.
They dont like my jeans, they don't get my hair.
Exchange ourselves, and we do it all the time.
Why do we do that? Why do I do that?

Why do I do that?

Yeah, oh, oh baby, pretty baby!
Pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty pretty please, if you ever ever feel.
Like you're nothing, you're fuckin' perfect to me yeahhh.
You're perfect, you're perfect!
Ohh pretty pretty please, don't you ever ever feel.
Like you're less than fuckin' perfect.
Pretty please, if you ever ever feel, like you're nothing.
You are perfect to me...

Thursday, 31 March 2011

Malas Episod 2

Dah lama rasanya aku tak melawat blog aku ni kan....Agak2 dah sebulan lebih la gak.....What??Mesti dalam hati korang cakap, tak la lama sangat......Erm bagi aku, even sebulan pon dah cukup lama....Yela nak uruskan hidup sebagai seorang student, yang terpaksa  menyelaraskan masa enjoy dan masa serius dengan tepat dan telus....Wah bermadah helah pulakkan.....Ok jom balik sambung cerita yang tertunggak tu....Selamat la aku masih ingat lagi apa yang berlaku masa tu....
                                                                  **********
Aku menoleh kebalakang.....Dengan terperanjat sekali, aku melihat ada lembaga yang sangat menyeramkan datang kearah aku....Omg.....Ni yang takleh jadi ni....Memang nak kene bagi flying kick kat hantu ni....Siang-siang pon nak keluar takotkan orang ke.......Sengal ke tak.....

Mampu uolls???

Oppssss....Boleh challenge uolls muke hantu ni....Mampoooo...?????Takkan ......Erm cukup-cukup....Bak kata kawan aku, hantu kopek pon tak keluar siang-siang uolls....Hantu kopek pon tau malu...Ni hantu punye jenis memang biadap....Siang-siang pon ada hati nak takotkan aku...Pe lagi aku perati betol-betol muke hantu tu, errrrmmmmm macam kenal je.....Aku tenung, amati yang teramat-amat.......Ok dan sekarang aku betol-betol nak flying kick hantu ni....Rupa-rupanya hantu tu ada si mak ayam a.k.a si diva ratu....Budak rumah aku sendiri...Muka baru bangun tido sebijik macam hantu ........hahahahahah


aku lagi diva uollssss.....mampoooo

                                                                 **************

p/s: watak dalam ni tak la semua betul...time ni sebenarnya aku ngah study sebab petang tu aku ada test....so konon2 sebelum g test, aku karang la citer yang merepek...yeah....

Wednesday, 23 February 2011

Malas Episod 1 ??

Sementara kemalasan belum menguasai diri, aku telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk menyiapkan satu entry. Lagipun aku memang takde buat apa-apa. Daripada duduk melangak(dalam bahasa baik die, berangan), baik aku buat keje yang agak berfaedah. Meluahkan sedikit isi hati yang sekian lama terpendam akibat diserang simptom-simpton kemalasan.

                                                                   ************
Suasana sepi kian menyelubungi menenggelam kan suasana yang sekian tadi bingit dengan hiruk-pikuk menjadi kelam. Jam baru menunjukkan pukul 1.37 pm. Begitu cepat masa berlalu. Perut yang tadi berbunyi menangis akibat kelaparan telah diisi dengan santapan yang cukup enak, spagetti meatball Secret Recipe. Setelah beberapa minit perut aku ditujah dari dalam, aku mengambil keputusan untuk ketandas untuk melunaskan hajat yang telah tersimpan selang beberapa minit tadi. Habis spagetti meatball yang baru menjadi santapan menjadi sisa kumbahan.
"Kesian kau Spegatti, baru tadi aku makan kau. Sekarang kau dah boleh jadi baja "aku bermonolog sendirian.

Selepas melunaskan hutang, aku menuju ke meja belajar dengan harapan buku yang telah sekian lama disimpan dan berkarat akan menjadi bahan santapan untuk tengahari yang cukup indah ini. Tiba-tiba aku ternampak akan suatu cahaya kuning yang bersinar dari celah-celahan buku yang cantik tersusun di rak diatas meja. Sesuatu menujah benak ku kerana perasaan ingin tahu melonjak-lonjak,apakah cahaya itu cahaya keimanan.Ops melalut pulak. Dengan langkah yang cukup longlai, aku pergi mendapatkan cahaya tersebut. Dengan harapan cahaya tersebut dapat memberikan semangat kepada aku untuk menghadapi hari yang cukup penat ini,aku menghampiri cahaya tersebut dan malangnya cahaya tersebut datang dari buku Fiancial Market & Institution. Rupa-rupanya cahaya yang menyinar galak tadi datang dari pembalut buku akibat dari pancaran matahari yang sekian galak mencanak di ubun-ubun. Terlintas suatu perasaan yang tidak enak menerjah sanubari.
" Ermmm....Nak suruh aku study la tu.Memang wrong timing.." bebel aku sendirian....

                                                                 ***************
Jam sudah menunjuk kan pukul 1.50 pm. Terasa sudah terlalu lama aku duduk berteleku di hadapan buku. Bila ku congak-congak masa yang kuambil untuk mentelaah, rupa-rupanya baru 10 minit. Tetapi aku terasa seperti bertahun aku mentelaah buku Financial Market & Institution tersebut. Sedang aku asyik diambang kemalasan, tiba-tiba aku terlihat akan suatu kelibat manusia di celah-celah dinding. Hati aku mula melontarkan persoalan....
" Siang-siang mana ada hantu. Dah la tengahari..." aku bermonolog.

Untuk tidak berfikiran negatif, aku menyambung mentelaah dengan harapan perasaan bimbang akibat ternampak kelibat tersebut hilang sedangkan perasaan aku sedang dibuai rasa kemalasan. Sedang aku asyik berteleku di hadapan buku, bahu aku disentap dari belakang. Bagai kan halilintar membelah bumi, aku bagai kan dikejutkan dari mati. Umpama mati hidup semula. Aku menoleh kebelakang, dan tiba-tiba......


p/s: nanti sambung lagi yer. Aku nak pergi library. Nak study.

Tuesday, 22 February 2011

Suatu Hari Di BNM

Korang ingat tak masa zaman-zaman sekolah dulu. kalau dengar nak pergi lawatan jer, masa tu lah hati berbunga-bunga riang. Ye la sapa la yang tak suka pergi lawatan kan. Tak kira la lawatan tu dekat ke jauh. Masa tu lah rasa nak melompat-lompat,berguling-guling sebab hepi.
ada hepi macam ni??
Time tu la reramai berkumpul plan nak masak apa tok bawak masa lawatan nanti. Ye la makan reramai dalam bas kan best. Masa tu la kuar aktor mak joyah ngan mak siti gosip sana sini (dah lari topik ni).Ok back to main point.

                                                             
                                                                   ***************
Balik pada tujuan asal aku tulis entry ni.Aku nak cerita sikit yang hari ni aku pergi melancong sambil belajar kat Bank Negara Malaysia. Bunyi macam gah kan, pergi lawatan tempat yang bukan calang-calang. Tapi bak kata pepatah zaman tok kadok dulu kala, 'indah khabar dari rupa' da. Maksud aku bukan la tak best pergi BNM, short form for Bank Negara Malaysia,but korang tau kan kalau dah nama pown 'lawatan' mesti la kita expect for something extraordinary.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Seawal pukul 6.10 pagi. Masa tu pon burung tak keluar lagi tau.Burung??Ada kene mengena ker???  Daaaaaa...Excited punye pasal nak pergi lawatan, bangun pagi pon dah tak kisah dah. Konon-konon macam dah biasa sangat bangun awal. Padahal nak bangun semayang subuh pon liat kadang-kadang.

Dengan hati yang tenang, aku melangkah kaki menuju ke lokasi menunggu bas. Seingat aku, biro pengankutan ada buat pengumuman yang bas akanb bertolak tepat pada pukul 7.00 am. Erm harapan tu musnah belaka. Perkara biasa, selalunya benda yang dirancang pasti takkan jadi. So lepas no jangan rancang apa. Boleh??? Last-last bas gerak pukul 7.30 a.m. Memang terbaik. Perjalanan kira-kira mengambil masa 1 jam lebih. Anggaran aku je, sebab aku tido masa tu. So aku main balun je la. Hahahahaha..

Sesampai nye di BNM pada pukul 9 lebih la, dengan sukacita nya kitorang di sambut oleh penyambut tetamu. Tibaaaaaa......Bila masa pulak ada penyambut tetamu. Kitorang (aku dan kawan-kawan) disambut oleh En Penyambut(tak tau nama).Baik kan dia. Siap main sambut-sambut lagi.(Merepek).

boleh kau sambut aku???Tibaaaaaa

Pastu we were heading to auditorium, kat mana kitorang dengar akan di dengarkan dengan ceramah. What??Ceramah.....Uuuuwwwwwwwaaaa(ngantuk)

boleh menguap macam aku??

Serius.Ini bukan main-main. Siap main snap-snap gambar, baru nak tekan butang snap tersengar suara latar yang merdu lagi hina. Apa lagi, suara sang kelembai berdengkur dengan labu-labunya. Memang tak la kan. Lepas gitu-gini, ceramah pun habis. Pukul berapa ni??What?11.35a.m??Memang tak masuk akal. Terasa macam baru je nak rehatkan pungkok??Pungkok tu apa?Pungkok tu punggung la. Mangkuk betol. Lagi berita yang memeranjatkan, balik??Balik mana pulak??What????Balik 'MELAKA'??Motif???

                                                                   ***************

Tu lah kisah nya..Suatu hari di BNM.Erm memang tak sampai satu hari. Lepas ni, kalau dengar nak pergi lawatan lagi,awal-awal lagi aku akan pangkah kalau setakat jalan tak sampai sekangkang kera. Ok.

p/s: semoga belog aku ni makin mantop di masa hadapan. Amin

Sunday, 20 February 2011

MELANKOLIKu

Hari ni aku hepi. Banyak benda yang aku nak crita ni. Dari satu benda ke satu benda. Tapi first of all, aku nak wish gud luck kat diri aku sendiri sebab berjaya siapkan belog aku ni.Perancangan demi perancangan, akhir nya tepat 20 Februari , aku berjaya siapkan belog aku yang tak seberapa howt ni (ala kan baru lagi).

                                                               ada tak hepi macam ni??Bolehh??
                                                                ****************
Melankoliku??? Maksud melakolik tu perasaan dan aku tambah 'ku" dekat belakang tu sebab perasaan tu perasaan aku sorang.Kalau bukan aku, perasaan sapa pulak kan??Takkan aci tepi jalan pulak.

                                                                       suka kau aci kan???

                                                                   ***************
Mula-mula ni memang aku takde idea sangat nak tulis entry apa kan.Takpe-takpe bagi aku masa sikit.Lama-lama nanti korang tengok la, bukan entry dah, journal pe jadah bagai tu semua siap dalam belog ni. Malam ni aku malas sikit sebab rasa nak melingkar. Kenyang makan banyak sangat hari ni. Rezeki murah sangat pulak kan.Semua orang nak belanja makan hari ni. Nak challenge ular sawa.Boleyyyyyyyyyy??

                                                                           aku nak tido jap.jangan ganggu ok..
                                                              
                                                             *****************

p/s: buat korang yang kat luar sana tu, doa2kan lah aku berjaya dalam meng-upgrading belog aku ni.amin