Tuesday, 22 February 2011

Suatu Hari Di BNM

Korang ingat tak masa zaman-zaman sekolah dulu. kalau dengar nak pergi lawatan jer, masa tu lah hati berbunga-bunga riang. Ye la sapa la yang tak suka pergi lawatan kan. Tak kira la lawatan tu dekat ke jauh. Masa tu lah rasa nak melompat-lompat,berguling-guling sebab hepi.
ada hepi macam ni??
Time tu la reramai berkumpul plan nak masak apa tok bawak masa lawatan nanti. Ye la makan reramai dalam bas kan best. Masa tu la kuar aktor mak joyah ngan mak siti gosip sana sini (dah lari topik ni).Ok back to main point.

                                                             
                                                                   ***************
Balik pada tujuan asal aku tulis entry ni.Aku nak cerita sikit yang hari ni aku pergi melancong sambil belajar kat Bank Negara Malaysia. Bunyi macam gah kan, pergi lawatan tempat yang bukan calang-calang. Tapi bak kata pepatah zaman tok kadok dulu kala, 'indah khabar dari rupa' da. Maksud aku bukan la tak best pergi BNM, short form for Bank Negara Malaysia,but korang tau kan kalau dah nama pown 'lawatan' mesti la kita expect for something extraordinary.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Seawal pukul 6.10 pagi. Masa tu pon burung tak keluar lagi tau.Burung??Ada kene mengena ker???  Daaaaaa...Excited punye pasal nak pergi lawatan, bangun pagi pon dah tak kisah dah. Konon-konon macam dah biasa sangat bangun awal. Padahal nak bangun semayang subuh pon liat kadang-kadang.

Dengan hati yang tenang, aku melangkah kaki menuju ke lokasi menunggu bas. Seingat aku, biro pengankutan ada buat pengumuman yang bas akanb bertolak tepat pada pukul 7.00 am. Erm harapan tu musnah belaka. Perkara biasa, selalunya benda yang dirancang pasti takkan jadi. So lepas no jangan rancang apa. Boleh??? Last-last bas gerak pukul 7.30 a.m. Memang terbaik. Perjalanan kira-kira mengambil masa 1 jam lebih. Anggaran aku je, sebab aku tido masa tu. So aku main balun je la. Hahahahaha..

Sesampai nye di BNM pada pukul 9 lebih la, dengan sukacita nya kitorang di sambut oleh penyambut tetamu. Tibaaaaaa......Bila masa pulak ada penyambut tetamu. Kitorang (aku dan kawan-kawan) disambut oleh En Penyambut(tak tau nama).Baik kan dia. Siap main sambut-sambut lagi.(Merepek).

boleh kau sambut aku???Tibaaaaaa

Pastu we were heading to auditorium, kat mana kitorang dengar akan di dengarkan dengan ceramah. What??Ceramah.....Uuuuwwwwwwwaaaa(ngantuk)

boleh menguap macam aku??

Serius.Ini bukan main-main. Siap main snap-snap gambar, baru nak tekan butang snap tersengar suara latar yang merdu lagi hina. Apa lagi, suara sang kelembai berdengkur dengan labu-labunya. Memang tak la kan. Lepas gitu-gini, ceramah pun habis. Pukul berapa ni??What?11.35a.m??Memang tak masuk akal. Terasa macam baru je nak rehatkan pungkok??Pungkok tu apa?Pungkok tu punggung la. Mangkuk betol. Lagi berita yang memeranjatkan, balik??Balik mana pulak??What????Balik 'MELAKA'??Motif???

                                                                   ***************

Tu lah kisah nya..Suatu hari di BNM.Erm memang tak sampai satu hari. Lepas ni, kalau dengar nak pergi lawatan lagi,awal-awal lagi aku akan pangkah kalau setakat jalan tak sampai sekangkang kera. Ok.

p/s: semoga belog aku ni makin mantop di masa hadapan. Amin

1 comment: