Wednesday 23 February 2011

Malas Episod 1 ??

Sementara kemalasan belum menguasai diri, aku telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk menyiapkan satu entry. Lagipun aku memang takde buat apa-apa. Daripada duduk melangak(dalam bahasa baik die, berangan), baik aku buat keje yang agak berfaedah. Meluahkan sedikit isi hati yang sekian lama terpendam akibat diserang simptom-simpton kemalasan.

                                                                   ************
Suasana sepi kian menyelubungi menenggelam kan suasana yang sekian tadi bingit dengan hiruk-pikuk menjadi kelam. Jam baru menunjukkan pukul 1.37 pm. Begitu cepat masa berlalu. Perut yang tadi berbunyi menangis akibat kelaparan telah diisi dengan santapan yang cukup enak, spagetti meatball Secret Recipe. Setelah beberapa minit perut aku ditujah dari dalam, aku mengambil keputusan untuk ketandas untuk melunaskan hajat yang telah tersimpan selang beberapa minit tadi. Habis spagetti meatball yang baru menjadi santapan menjadi sisa kumbahan.
"Kesian kau Spegatti, baru tadi aku makan kau. Sekarang kau dah boleh jadi baja "aku bermonolog sendirian.

Selepas melunaskan hutang, aku menuju ke meja belajar dengan harapan buku yang telah sekian lama disimpan dan berkarat akan menjadi bahan santapan untuk tengahari yang cukup indah ini. Tiba-tiba aku ternampak akan suatu cahaya kuning yang bersinar dari celah-celahan buku yang cantik tersusun di rak diatas meja. Sesuatu menujah benak ku kerana perasaan ingin tahu melonjak-lonjak,apakah cahaya itu cahaya keimanan.Ops melalut pulak. Dengan langkah yang cukup longlai, aku pergi mendapatkan cahaya tersebut. Dengan harapan cahaya tersebut dapat memberikan semangat kepada aku untuk menghadapi hari yang cukup penat ini,aku menghampiri cahaya tersebut dan malangnya cahaya tersebut datang dari buku Fiancial Market & Institution. Rupa-rupanya cahaya yang menyinar galak tadi datang dari pembalut buku akibat dari pancaran matahari yang sekian galak mencanak di ubun-ubun. Terlintas suatu perasaan yang tidak enak menerjah sanubari.
" Ermmm....Nak suruh aku study la tu.Memang wrong timing.." bebel aku sendirian....

                                                                 ***************
Jam sudah menunjuk kan pukul 1.50 pm. Terasa sudah terlalu lama aku duduk berteleku di hadapan buku. Bila ku congak-congak masa yang kuambil untuk mentelaah, rupa-rupanya baru 10 minit. Tetapi aku terasa seperti bertahun aku mentelaah buku Financial Market & Institution tersebut. Sedang aku asyik diambang kemalasan, tiba-tiba aku terlihat akan suatu kelibat manusia di celah-celah dinding. Hati aku mula melontarkan persoalan....
" Siang-siang mana ada hantu. Dah la tengahari..." aku bermonolog.

Untuk tidak berfikiran negatif, aku menyambung mentelaah dengan harapan perasaan bimbang akibat ternampak kelibat tersebut hilang sedangkan perasaan aku sedang dibuai rasa kemalasan. Sedang aku asyik berteleku di hadapan buku, bahu aku disentap dari belakang. Bagai kan halilintar membelah bumi, aku bagai kan dikejutkan dari mati. Umpama mati hidup semula. Aku menoleh kebelakang, dan tiba-tiba......


p/s: nanti sambung lagi yer. Aku nak pergi library. Nak study.

Tuesday 22 February 2011

Suatu Hari Di BNM

Korang ingat tak masa zaman-zaman sekolah dulu. kalau dengar nak pergi lawatan jer, masa tu lah hati berbunga-bunga riang. Ye la sapa la yang tak suka pergi lawatan kan. Tak kira la lawatan tu dekat ke jauh. Masa tu lah rasa nak melompat-lompat,berguling-guling sebab hepi.
ada hepi macam ni??
Time tu la reramai berkumpul plan nak masak apa tok bawak masa lawatan nanti. Ye la makan reramai dalam bas kan best. Masa tu la kuar aktor mak joyah ngan mak siti gosip sana sini (dah lari topik ni).Ok back to main point.

                                                             
                                                                   ***************
Balik pada tujuan asal aku tulis entry ni.Aku nak cerita sikit yang hari ni aku pergi melancong sambil belajar kat Bank Negara Malaysia. Bunyi macam gah kan, pergi lawatan tempat yang bukan calang-calang. Tapi bak kata pepatah zaman tok kadok dulu kala, 'indah khabar dari rupa' da. Maksud aku bukan la tak best pergi BNM, short form for Bank Negara Malaysia,but korang tau kan kalau dah nama pown 'lawatan' mesti la kita expect for something extraordinary.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Seawal pukul 6.10 pagi. Masa tu pon burung tak keluar lagi tau.Burung??Ada kene mengena ker???  Daaaaaa...Excited punye pasal nak pergi lawatan, bangun pagi pon dah tak kisah dah. Konon-konon macam dah biasa sangat bangun awal. Padahal nak bangun semayang subuh pon liat kadang-kadang.

Dengan hati yang tenang, aku melangkah kaki menuju ke lokasi menunggu bas. Seingat aku, biro pengankutan ada buat pengumuman yang bas akanb bertolak tepat pada pukul 7.00 am. Erm harapan tu musnah belaka. Perkara biasa, selalunya benda yang dirancang pasti takkan jadi. So lepas no jangan rancang apa. Boleh??? Last-last bas gerak pukul 7.30 a.m. Memang terbaik. Perjalanan kira-kira mengambil masa 1 jam lebih. Anggaran aku je, sebab aku tido masa tu. So aku main balun je la. Hahahahaha..

Sesampai nye di BNM pada pukul 9 lebih la, dengan sukacita nya kitorang di sambut oleh penyambut tetamu. Tibaaaaaa......Bila masa pulak ada penyambut tetamu. Kitorang (aku dan kawan-kawan) disambut oleh En Penyambut(tak tau nama).Baik kan dia. Siap main sambut-sambut lagi.(Merepek).

boleh kau sambut aku???Tibaaaaaa

Pastu we were heading to auditorium, kat mana kitorang dengar akan di dengarkan dengan ceramah. What??Ceramah.....Uuuuwwwwwwwaaaa(ngantuk)

boleh menguap macam aku??

Serius.Ini bukan main-main. Siap main snap-snap gambar, baru nak tekan butang snap tersengar suara latar yang merdu lagi hina. Apa lagi, suara sang kelembai berdengkur dengan labu-labunya. Memang tak la kan. Lepas gitu-gini, ceramah pun habis. Pukul berapa ni??What?11.35a.m??Memang tak masuk akal. Terasa macam baru je nak rehatkan pungkok??Pungkok tu apa?Pungkok tu punggung la. Mangkuk betol. Lagi berita yang memeranjatkan, balik??Balik mana pulak??What????Balik 'MELAKA'??Motif???

                                                                   ***************

Tu lah kisah nya..Suatu hari di BNM.Erm memang tak sampai satu hari. Lepas ni, kalau dengar nak pergi lawatan lagi,awal-awal lagi aku akan pangkah kalau setakat jalan tak sampai sekangkang kera. Ok.

p/s: semoga belog aku ni makin mantop di masa hadapan. Amin

Sunday 20 February 2011

MELANKOLIKu

Hari ni aku hepi. Banyak benda yang aku nak crita ni. Dari satu benda ke satu benda. Tapi first of all, aku nak wish gud luck kat diri aku sendiri sebab berjaya siapkan belog aku ni.Perancangan demi perancangan, akhir nya tepat 20 Februari , aku berjaya siapkan belog aku yang tak seberapa howt ni (ala kan baru lagi).

                                                               ada tak hepi macam ni??Bolehh??
                                                                ****************
Melankoliku??? Maksud melakolik tu perasaan dan aku tambah 'ku" dekat belakang tu sebab perasaan tu perasaan aku sorang.Kalau bukan aku, perasaan sapa pulak kan??Takkan aci tepi jalan pulak.

                                                                       suka kau aci kan???

                                                                   ***************
Mula-mula ni memang aku takde idea sangat nak tulis entry apa kan.Takpe-takpe bagi aku masa sikit.Lama-lama nanti korang tengok la, bukan entry dah, journal pe jadah bagai tu semua siap dalam belog ni. Malam ni aku malas sikit sebab rasa nak melingkar. Kenyang makan banyak sangat hari ni. Rezeki murah sangat pulak kan.Semua orang nak belanja makan hari ni. Nak challenge ular sawa.Boleyyyyyyyyyy??

                                                                           aku nak tido jap.jangan ganggu ok..
                                                              
                                                             *****************

p/s: buat korang yang kat luar sana tu, doa2kan lah aku berjaya dalam meng-upgrading belog aku ni.amin