Wednesday 23 February 2011

Malas Episod 1 ??

Sementara kemalasan belum menguasai diri, aku telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk menyiapkan satu entry. Lagipun aku memang takde buat apa-apa. Daripada duduk melangak(dalam bahasa baik die, berangan), baik aku buat keje yang agak berfaedah. Meluahkan sedikit isi hati yang sekian lama terpendam akibat diserang simptom-simpton kemalasan.

                                                                   ************
Suasana sepi kian menyelubungi menenggelam kan suasana yang sekian tadi bingit dengan hiruk-pikuk menjadi kelam. Jam baru menunjukkan pukul 1.37 pm. Begitu cepat masa berlalu. Perut yang tadi berbunyi menangis akibat kelaparan telah diisi dengan santapan yang cukup enak, spagetti meatball Secret Recipe. Setelah beberapa minit perut aku ditujah dari dalam, aku mengambil keputusan untuk ketandas untuk melunaskan hajat yang telah tersimpan selang beberapa minit tadi. Habis spagetti meatball yang baru menjadi santapan menjadi sisa kumbahan.
"Kesian kau Spegatti, baru tadi aku makan kau. Sekarang kau dah boleh jadi baja "aku bermonolog sendirian.

Selepas melunaskan hutang, aku menuju ke meja belajar dengan harapan buku yang telah sekian lama disimpan dan berkarat akan menjadi bahan santapan untuk tengahari yang cukup indah ini. Tiba-tiba aku ternampak akan suatu cahaya kuning yang bersinar dari celah-celahan buku yang cantik tersusun di rak diatas meja. Sesuatu menujah benak ku kerana perasaan ingin tahu melonjak-lonjak,apakah cahaya itu cahaya keimanan.Ops melalut pulak. Dengan langkah yang cukup longlai, aku pergi mendapatkan cahaya tersebut. Dengan harapan cahaya tersebut dapat memberikan semangat kepada aku untuk menghadapi hari yang cukup penat ini,aku menghampiri cahaya tersebut dan malangnya cahaya tersebut datang dari buku Fiancial Market & Institution. Rupa-rupanya cahaya yang menyinar galak tadi datang dari pembalut buku akibat dari pancaran matahari yang sekian galak mencanak di ubun-ubun. Terlintas suatu perasaan yang tidak enak menerjah sanubari.
" Ermmm....Nak suruh aku study la tu.Memang wrong timing.." bebel aku sendirian....

                                                                 ***************
Jam sudah menunjuk kan pukul 1.50 pm. Terasa sudah terlalu lama aku duduk berteleku di hadapan buku. Bila ku congak-congak masa yang kuambil untuk mentelaah, rupa-rupanya baru 10 minit. Tetapi aku terasa seperti bertahun aku mentelaah buku Financial Market & Institution tersebut. Sedang aku asyik diambang kemalasan, tiba-tiba aku terlihat akan suatu kelibat manusia di celah-celah dinding. Hati aku mula melontarkan persoalan....
" Siang-siang mana ada hantu. Dah la tengahari..." aku bermonolog.

Untuk tidak berfikiran negatif, aku menyambung mentelaah dengan harapan perasaan bimbang akibat ternampak kelibat tersebut hilang sedangkan perasaan aku sedang dibuai rasa kemalasan. Sedang aku asyik berteleku di hadapan buku, bahu aku disentap dari belakang. Bagai kan halilintar membelah bumi, aku bagai kan dikejutkan dari mati. Umpama mati hidup semula. Aku menoleh kebelakang, dan tiba-tiba......


p/s: nanti sambung lagi yer. Aku nak pergi library. Nak study.